Seronok Ke Jadi PM ???

Updated with Quranic Authority

Surah Al An’Am (Surah 6; Ayat 165)

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Warning: The following contains unedited,unabridged and most extensive use of the Northern Dialect of the Malay Language, neither Google nor BabelFish will have the translation for the text below.

I appreciate if the readers will take the following text with a bit of humour and  salt with it, i dont intend to put down anyone nor does the following represent my character.

Dahla sket sket disclaimer abang woii….sampai pagi esok sebelum subuh ka hang baru  nak start cherita nih…..

okeh.. moving on…

Background Story.

3 SEPTEMBER 2011 BERSAMAAN 5 SYAWAL 1432 HIJRAH,  Aku lapaq, dan seperti mana manusia normal yang dicipta oleh Allah S.W.T aku pi la cari makanan. Aku tgk ada pa kat fridge. paih tu (selepas itu)  aku pi la masak. time aku baru nak masak nak cucuh api , mercun berbunyi dung dang dung dang. stress CEK! .pastu time aku tgh dok syok syok goreng burger, aku dengaq ada orang nangis meraung raung.

Haih, Mula la Gabra perut aku, aku dok pikiaq dah, la, baru raya 5 hari dah mula keluaq dah segala hantu pontianak polong bergumbira sebab ramadhan dah habih. abehla abehla….

dok sat paih tu (soon after that),aku teringat cherita hantu kat youtube aku tgk petang tadi. link dia ada kat bawah ni utk hangpa. baik tak cek ?

utk depa yang berat pungkuq nak tekan buton aku bagi summary kat hangpa

clip tu pasai ada awek ni telefon pak aji tu, ( apa depa cakap aku taktau, time tu aku tak pay attention dan sememangnya aku ni shot atention span)

paih tu tiba tiba time awek (awek la kot, suara pompuan, lawa x lawa aku x gerenti, kalo mak orang anak 8 cek tak tau la). tu tgh syok cakap ngan pak aji tu, suara dia bertukaq jadi lain woo…. dia camni camni…cam ko tgh syok dok layan siti norhaliza (jap aku nak google title lagu raya dia sbb semmangnya aku fail dalam bab irama lagu malaysia nih.) ….anugerah hari raya

link cek siti

paih tu tiba tiba je suara tu bertukaq kepada suara serak garau cam black metal group yang hangpa dok dengaq kat stesen baih(bas) sungai petani (taktau la ada lagi ke tak, ni time tahun 2000 dulu masa aku seorang jejaka kacak dok belajaq kat sana)

link black metal tuh kepada depa depa yang tak pernah dengaq apa tu black metal,

Anyways,(eh silap, cek speake no english todaih,today speaketh (cheh shakespeare plak, penampaq kang) loghatt(double tt tuh means dengung dia lebih pekat sket, cam cappucino triple shot) uttaraa…

err… Anyways (sebab Selain Dari Itu bunyi cam pelik dan tak kena je)…what interest me the most was how the pak aji exorcised the demon (OIIIIIIII BAHAASA UTARA!!!!!!!)…sori sori..

hangpa nak tau tak camana pak aji tu stop jin tu dari merasuk pompuan tu (HINT, kalo hangpa tengok dah klip kat ataih tadi, takyah la aku cerita, tapi aku nak assume korang semua malaih cam malaun (malaun is a northern word for penyangak….see you do learn something when u read my blog)

taiko gak a cara Pak Aji tu exorcise demon/ Jin tu, Cuba ko banding kan betapa susahnya diaorang di bawah ni nak exorcise demon tu berbanding Pak Aji kita yang relaks je exorcise demon from a TELEPHONE.

Banding ngan Constantine.

http://www.youtube.com/watch?v=b-adSWeiuzY

Banding ngan The Rite.

http://www.youtube.com/watch?v=fO0u_fBePNw

Banding ngan Buffy …… err well… its not REALLY an exorcism.. but hey… you get to watch Sarah Michelle Gellar KICK BUTT !!!

Pak Aji tu  relax je exorcise (err…is there a northern slang word for exorcise)…ehh..  ada!!!!…HALAU…hehe. Pak Aji tu dengan se relax relax nyer dan TANPA perlu flying kick cam Buffy, lompat sana sini cam Keanu Reeves dan terkumat kamit cam Colin O’Donoughue halau the Jin by asking him repeatedly.

“what are you going to answer to Allah later, when you are asked why did you possess this person.”

“what are you going to answer to Allah later, when you are asked why did you possess this person.”

“what are you going to answer to Allah later, when you are asked why did you possess this person.”

“surely you are going to die, correct?”

tekejut gabra aku, bila aku dengaq Jin tu jawab “Yes”, Pastu Pak Aji tu tanya “You Muslim or Non Muslim?”  (Bila aku pikiaq balik baru aku teringat dulu ustaz aku memang pernah cerita pasal Jin Islam dan Jin Non Islam” (iye, aku memang shot atention span.)

Jin ” Non Muslim”

Pak Aji “”what are you going to answer to Allah later, when you are asked why did you possess this person.”"

Jin “………………………………….” you can actually hear the silence stretch and almost can feel the Jin thinking of a way to evade what he knows to be a natural truth. That

1) we are going to die.

2) we are going to be answerable for our actions.

PENANG SLANG DAMMIT !, AKU HANTAQ HANG BALIK TANJUNG BARU TAU.

Paih tu, aku ter overheard people were talking about the current political situation,

mula la angan angan aku maih, kan best kan Lan kalo hang jadi PM…..bole dok kat Putrajaya, ada chaffeur driven car, bole potong2 lane kat MRR2 pada pagi Isnin jam 8.00 pagi time semua orang tgh stress jam nak hantaq anak pi skolah paihtu nak gi kerja ngadap muka boss yang menyampah, ada outriders escort, ada Airforce One (tak caya gi la link kat bawah tu…tgk under VIP transport)

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_aircraft_of_the_Royal_Malaysian_Air_Force

dan macam macam lagi lahs…..

tapi dok terngiang kat telinga aku jerkahan pak aji tadi

“what are you going to answer to Allah later, when you are asked why did you possess this person.”

or in the case of PM Azlan Roni.

“what are you going to answer to Allah later, when you are asked how did you govern the country”

Mantan PM Azlan “err ok i guess”.

Even a 2 year old could sense the unsureness of the answer. Inikah lagi Malaikat Kubur.

Teringat aku time aku kecik kecik, Arwah Tok Siti Maryam yang slalu dok jaga aku penah habaq kat aku, Malaikat Kubur ni dia ada kuku yang panjang, kalo hang silap jawab ngan dia, dia akan tibai hang sampai masuk ke dalam kerak bumi dan paihtu dia akan cungkil hang balik utk jawab soalan dia sampai boleh or hari kiamat.

Pasrah n Parah….

Teringat lagi cerita Ustaz aku pasal Khalifah Umar yang tidak akan tidur malam selagi dia tidak pastikan semua rakyatnya tak lapaq malam itu,

link is here

http://www.ustsarwat.com/search.php?id=1203982187

Kalolah tu standard yang di expect oleh Islam, adakah mampu kita pikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin ?

hangpa mungkin boleh, tapi jujur hati aku cakap, aku rasa aku x mampu.

sebab tu la aku rasa jadi PM ni amatlah MERBAHAYA,

yer la…

Cuba kalo Malaikat tu tanya

“Lan, Squatters kat Pangkalan Weld Penang tu ko dah make sure cukup makan”

“Err….”

Kaposshh (imagine rantai besi dalam Ghost Rider Nicholas Cage tu tibai aku)

Untuk sapa sapa yang nak tau lebih lanjut pasal squatters kat Pangkalan Weld  link is below.

http://findarticles.com/p/news-articles/new-straits-times/mi_8016/is_20070607/squatter-appeals-home/ai_n44360147/

p/s: Poverty i believe is not a RACE issue, it happens across the race, it is an economic issue.

(Tambah Ayat Racist Sket nak defend diri dari Malaikat Kubur, apa yang boleh capai utk defend pun jadilah)

“Tapi diaorang bukannya Melayu, bukannya Muslim pun !”

Kaposhh Kapooshh Kaposshh….. ( Malaikat Kubur akan syok  tibai sambil give me that  ”ada aku kesah look”

Malaikat Kubur will probably say.

” Your Country, Your Responsibility, Regardless of Race,Religion,Creed”

(Uih..Malaikat ni study American Declaration of Independence ke ?)

“Lan, Anak anak yatim kat Malaysia hang dah make sure semua cukup makan?”

“Dah!!!!,  (aku menjawab ngan penuh konfiden sbb memang kalo aku jadi PM bab bab anak yatim ni aku stress sgt sgt !) Saya ada buat program 6R 3P , 1 Malaysia, Rukun Tetangga Rakan Sukan, Rakan Surau, Majulah Sukan Untuk Negara dan 18.39 Asrama untuk anak anak yatim di Malaysia…Whewww.. selamat”

“Salah!!!!… You termiss 3 orang!!!!”

Kaposshh Kapossh Kaposshhh,……. :(

“Lan, Negara ko tu selamat tak dari ancaman musuh ?”

“Selamat !!!!, Semenjak saya masuk, saya dah make sure national service kompulsori kat semua, takde exception exception utk anak anak bukit tunku, bukit bandaraya, bukit antarabangsa dan kawasan kawasan sewaktu dengannya…gaji army saya dah triplekan dan diaorang tak perlu nak menagih peruntukan semata mata nak membuat uniform

“Salah!!!… Your Subs cant Sink and your Airplanes cant fire missiles!!!”

Kapoosh KApooosh Kapooshh!!!!

“nih link dia kalo ko tak percaya,”

http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Malaysian_Navy#Scorpene_submarines

http://malaysia-today.net/archives/29296-dr-mahathir-and-his-migs

ler…hobi Malaikat nih baca wikipedia n malaysia today dalam free time dia kot…

“Lan… Article 3(1)  cakap Islam is the Religion of the Federation kan?”

(Alamak…Dia masuk kelas Consti dengan Prof Shad gak ke…apsal aku x pernah nampak dia…ke sebab aku slalu ponteng kelas???)

” Err…Betul Tuan”

“Habeh tu…apsal Azan tak boleh berkumandang kat Kampung Kerinchi ???”

Nih!!!!!  ”link dia … yes … i know…..”

http://milosuam.blogspot.com/2011/01/penduduk-cina-bantah-azan-di-masjid.html

http://milosuam.blogspot.com/2011/01/demo-bantah-peguam-anti-islam-lepas.html

Kapoosh KApooosh Kapooshh!!!! Terbabowwww!!!

tu la dia yang aku nak share sket malam nih… betapa beratnya soalan soalan dan jawapan yang seorang PM nak kena jawab nanti time kubur…

aku yang x jadi PM ni pun tak taula camana nak menjawabnya bila mai part aku sahaja kat dunia ni…apatah lagi tanggungjawab utk sebuah negara…… INSAF.

Ya Allah, Padamu hambamu ini memohon Perlindungan.

Amin.

THE END.

Eh cerita ni takde main story ye… hah. korang pandai2 la pikir sendiri. semua diberi dianugerahi akal. pandai pandai la gunakannya.

remember- take it with a sense of humour-

and if you do feel a bit insaf(remorse) then i hope it will be considered as a good deed Malaikat Raqib.

Amin Ya Rabbal Alamin

2 comments on “Seronok Ke Jadi PM ???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s